Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T. Ia seharusnya dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab supaya mendapat balasan baik di hari akhirat nanti.
Kerja adalah termasuk dalam jenis ibadah umum kerana ia mempunyai maslahat yang unggul dan tinggi, mengatasi maslahat peribadi yang sempit dan terhad. Oleh yang demikian, bekerja adalah tuntutan agama dan ia boleh ditunjukkan dengan kesungguhan kerja yang dilaksanakan untuk kepentingan diri dan masyarakatnya.
Komitmen pekerja kepada tugasnya boleh dicapai bilamana mereka mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja serta memiliki sikap dan penilaian positif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Penentuan objektif diantara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk diri sendiri serta sumbangan tertentu untuk masyarakat mestilah jelas.
Ciri-ciri bekerja dari segi konsep, sistem, nilai, etika dan cara bekerja yang produktif melalui sikap, komitmen, dan niat bekerja ,bolehlah dirumus dan dijadikan formula konkrit bahawa bekerja adalah tugas ketuhanan dan sistem nilai kerja adalah berasaskan sistem nilai moral kerohanian .
Manakala budaya kerja dalam Islam haruslah bermotivasikan dinamisme serta memupuk sifat dinamik untuk memimpin, bukan selamanya dipimpin .
Best Corporate Team Building Malaysia 2018
Faculty of Training Education in Corporate Team Building. inHouse & Outdoor Training. Leadership Development.
We Are Establish Training Provider in Malaysia 2018. We Create A Dynamic Team, Team Spirit, Effective Communication For A Sustainable Future in Organisation. We Combine Knowledge, Experience Success With Environmental Protection And Social Responsibility. Through Human Behaviour, Innovation.Creativity And Earth Environment We Are Enable Our Customers in Nearly Every Industry To Meet The Current And Future Needs Of Society