Perniagaan Dalam Talian juga disebut E-Dagang amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Perniagaan yang mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah.
Perniagaan ini juga berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan peralatan dan kelengkapan lain.
Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beropeprasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kinimembolehkan pengguna menggunakan internet untuk tujuan membeli belah dalam talian pada bila-bila masa sahaja dan dimana-mana lokasi.
Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia. Peniaga pula tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk kemudahan pengguna seterusnya menguruskan urusan penghantaran tempahan sebaik sehaja pejabat pos dibuka.
Oleh yang demikian, peniaga yang memilih kaedah perniagaan ini dapat menikmati kebebasan atau fleksibiliti waktu kerja mereka tanpa menjejaskan sumber pendapatan.
Peniaga juga dapat menikmati kebebasan tempat bekerja kerana hanya perlu mengawal segala urusa niaga melalui komputer dari mana-mana tempat seperti dirumah, restoren atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat mahupun ketika sedang melancong didalam atau luar negara asalkan mempunyai akses internet.
Kesimpulannya, perniagaan dalam talian mempermudahkan urus niaga bukan sahaja untuk pelanggan malahan kepada peniaga sendiri. Dengan bantuan dan pemantauan kerajaan , peniagaan dalam talian dapat melahirkan lebih ramai jutawan dan memudahkan urusan harian rakyat di seluruh negara.

Pengenalan Elektronik Dagang

Module : Online Marketing
Duration : 2 Hari
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
SLOT  1 : What is Online Marketing
SLOT 2 : Market in FB & Instagram & Social Media
SLOT 3 : WebSite , SEO , Blasting eMail etc
Professional Lecture & Trainer
Methodology : Video,Experience , Presentation
Sijil Penyertaan , Jamuan Ringan
SLOT 4 : Google & Yahoo & Microsoft MSN
SLOT 5 : Cyber Crime , Scammer, Fake Account
SLOT 6 : Malaysian Law

Online Marketing

Syarikat Kami Adalah Penyedia Latihan Yang Berdaftar Dengan HRDF Dan MOF. Sila Hubungi Pihak MasaDahtime Untuk Tujuan Kertas Cadangan Serta Modul. Pembentangan Rancangan Latihan, Kertas Kerja atau Sebut Harga. Pihak masaDahtime Amat Mengalukan Kerjasama Daripada Pihak Anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.