Kita Perlu Mengambil Pengajaran Daripada Makhluk Halus Yang Bernama Semut Kerana Tuhan Menurunkan Quran Dan Di Dalamnya Terdapat Satu Surah Yang Bernama An-Naml. An-Naml Bermaksud Semut.
Cerita Ini Mengisahkan Kepintaran Semut Menilai Keadaan Pada Zaman Nabi Sulaiman. Tuhan Menceritakan Dalam Surah An-Naml  Ayat 18 Hingga Ayat 19 Yang Bermaksud,” Hingga Apabila Mereka Sampai Di Lembah Semut Berkatalah Seekor Semut, ‘Wahai Semut-Semut Masuklah Kedalam Sarang-Sarangmu Agar Kamu Tidak Diinjak Oleh Sulaiman Dan Tenteranya Sedangkan Mereka Tidak Menyedari,’ Maka Dia (Sulaiman) Tersenyum Dengan Tertawa Kerana Mendengar Perkataan Semut Itu”. Ayat Ini Menunjukkan Sistem Komunikasi Dan Teamwork Antara Semut Amat Hebat Dan Sepatutnya Diambil Iktibar Oleh Manusia.
Pakar Serangga Menganggarkan Dunia Kita Mempunyai Lebih Kurang 30 Juta Jenis Serangga. Daripada Jumlah Itu, 20,000 Daripadanya Adalah Daripada Kumpulan Semut. Jumlah Semut Di Dunia Dianggarkan 10 Juta Billion Dan Jumlah Ini Mengatasi Jumlah Kesemua Haiwan Mamalia.
Semut Mengamalkan Konsep Bekerja Dalam Satu Pasukan Dengan Hebat Sekali. Sebagai Contoh Di Afrika Dan Amerika Selatan Terdapat Sejenis Semut Yang Dikenali Sebagai Driver Ants Dan Army Ants.Panjang Seekor Semut Ini Adalah 0.25 Inci Dan Setiap Koloninya Mengandungi Antara 170,000 Hingga 700,000 Ekor Semut.Apabila Semut-Semut Ini Melalui Sebuah Kawasan Lapang, Tentera-Tentera Semut Akan Pergi Ke Bahagian Hadapan Bagi Menjaga Keselamatan Semut-Semut Lain. Apabila Mereka Melalui Parit, Mereka Membina Jambatan Semut Dengan Berpaut Antara Satu Sama Lain Hingga Ke Seberang Parit. Semut-Semut Lain Akan Memijak Badan Rakan-Rakan Mereka Bagi Menyeberangi Parit Itu.Apabila Wujud Sikap Bekerja Dalam Pasukan Dengan Pengorbanan Sebegini Rupa, Manusia Pasti Dapat Menghasilkan Kualiti Kerja Yang Tinggi. Ia Mampu Meledakkan Perubahan Yang Hebat Sebagaimana Yang Berlaku Pada Zaman Nabi Dan Para Sahabat.
Syarikat Kami Adalah Penyedia Latihan Yang Berdaftar Dengan HRDF Dan MOF. Sila Hubungi Pihak MasaDahtime Untuk Tujuan Kertas Cadangan Serta Modul. Pembentangan Rancangan Latihan, Kertas Kerja atau Sebut Harga. Pihak masaDahtime Amat Mengalukan Kerjasama Daripada Pihak Anda.

Corporate Team Building

3 HARI 2 MALAM
DUAL LANGUAGE
HRDF CLAIMABLE
Latihan@masadahtime.com
HOTEL & RESORT
WORKING GROUPING
MOF REGISTERED
MANAGEMENT GAMES
INTERESTING GAMES
PROFESSIONAL TRAINER
+6013 275 9442

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.