Bagi Meningkatkan perniagaan online ini, perlu ada cadangan dan perancangan yang sewajarnya. Antaranya ialah seperti berikut :
-
Sevis dan Produk yang berkualiti, perlu mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
-
Menghargai Pelanggan : Tidak kira siapakan pelanggan sama ada yang baru atau yang lama perlu dilayan dengan cara yang sama supaya wujud keserasian semasa berinteraksi.Kita juga perlu memilih masa yang sesuai untuk membuat promosi sebagai tanda menghargai pelanggan.
-
Memberi maklumbalas dengan segera kepada pelanggan setiap kali menerima kiriman Email,Watsappdaripada pelanggan.
-
Merancang untuk memperbesarkan lagi perniagaan yang dilakukan sekarang.
-
Memastikan setiap produk yang dikeluarkan menepati citarasa dan kehendak pelanggan.
-
Cuba untuk membezakan produk keluaran sendiri dengan berbanding dengan produk pesaing
-
Tentukan sasaran atau target dalam semua aktiviti terutama jualan dan keuntungan promosi dan pemasaran.