KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
Program Dijalankan Bertujuan Mempastikan Peserta Kompeten Terhadap Prinsip Dan Konsep Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sepertimana Digariskan Oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia.

Program Adalah Untuk Membantu Peserta Memahami Dengan Lebih Jelas Berhubung Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Melalui Kursus Ini, Peserta Juga Akan Diberikan Kesedaran Dan Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan Dengan Menekankan Kepada Konsep HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment And Risk Control). Peruntukan Perundangan Kepada Pekerja Dan Majikan Juga Akan Dibincangkan Didalam Program Ini Bagi Memudahkan Kedua-Dua Pihak Memahami Hak Dan Tanggungjawab Masing-Masing. Diantara Modul-Modul Lain Yang Terdapat Ialah Keselamatan Dan Kesihatan Di Pejabat, Penyiasatan Kemalangan Dan Tindakan Pembetulan, Audit Serta Promosi, Latihan Dan Komunikasi OSH.

OBJEKTIF

  1. Menerapkan Konsep Budaya Kerja Selamat Dan Sihat Ditempat KerjaMemahami Dan Meningkatkan Pengetahuan Dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  2. Mengetahui Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan Dan Langkah-Langkah Keselamatan
  3. Mengetengahkan Aspek-Aspek Keselamatan Sebagai Sesuatu Yang Penting Untuk Organisasi Dan Juga Pekerja Melalui Pengetahuan Dan Pendedahan Tehadap Hak Individu Dan Majikan
  4. Membantu Organisasi Membentuk Polisi Keselamatan Dan Jawatankuasa Keselamatan
PILIHAN PESERTA 

  1. Warga Pekerja Kilang , Pekerja Peladang , Pekerja Lapangan Sasar
  2. PekerjaYang Terlibat Dalam Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
  3. Pengurus Dan Pegawai Keselamatan, Pekerja Yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan
  4. Pegawai Penguatkuasa, Pekerja Penyelia Yang Berminat Menambah Ilmu Dan Kesedaran Keselamatan
  5. Individu Yang Berminat Untuk Menambah Pengetahuan
  6. Warga Pekerja Meningkatkan Kemahiran Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan.
2 Hari [ 8.00 am – 5.00 pm ]
HRDF CLAIMABLE
Dual Language
radi@masadahtime.com
Professional Trainer
+6013 275 9442

Yuran Peserta

RM 1,250.00

Setiap Peserta

Yuran Peserta

RM 1,100.00

Berkumpulan ( 3 Peserta )
JADUAL HARI PERTAMA

08:00 am – 08.30 am  :  Pendaftaran Peserta

08.30 am – 10.00am

  1. Ice Breaking
  2. Pengetahuan mengenai keselamatan
  3. Pengalaman situasi kemalangan Pengenalan kepada keselamatan
  4. Budaya kerja yang sihat dan selamat
  5. Perspektif keselamatan

10:00 am – 01.00 pm :

  1. Minum Pagi
  2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  3. Kewajipan majikan dan pekerja
  4. Polisi keselamatan Prinsip Asas Keselamatan
  5. Hazard & Penilaian Risiko dan Pengawalan
  6. Personal Protection Equipment (PPE)

01:00 pm – 02.00 pm : Makan tengahari dan Solat

02.00 pm – 04.00 pm

  1. Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan
  2. Kemalangan dan punca/penyebab
  3. Teori penyebab kemalangan & Aspek Keselamatan dari segi produktiviti Keselamatan dan Kesihatan di Pejabat
  4. Hazard di pejabat
  5. Kemalangan dan penyakit di pejabat
  6. Ergonomic
  7. Langkah keselamatan dan kesihatan di pejabat
  8. Peruntukan perundangan
  9. Induksi Keselamatan kepada kakitangan
  10. Senarai semak & Pintu kecemasan, Assembly point, Alatan pemadam api, pencahayaan, pelan lantai, kelengkapan pertolongan cemas dan sebagainya.

04:00 pm – 05.00 pm : Minum petang & Sesi Soal Jawap

05:00 pm : Tamat Program Hari Pertama

JADUAL HARI KEDUA

08:00 am – 08.30 am  :  Pendaftaran Peserta

08.30 am – 10.00am

  1. Sistem Pengurusan Risiko
  2. Kenalpasti Hazard
  3. Menilai dan mengawal risiko
  4. HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control)

10:00 am – 01.00 pm :

  1. Undang-undang Keselamatan
  2. Akta Keselamatan dan Dasar Am
  3. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Keselamatan
  4. Tanggungjawab dan Tugas-tugas Pegawai Keselamatan Program Keselamatan dan Tindakan Pembetulan
  5. Organisasi dan Dasar Keselamatan
  6. Perancangan dan Perlaksanaan
  7. Semakan dan Penilaian
  8. Tindakan Pembetulan

01:00 pm – 02.00 pm : Makan tengahari dan Solat

02.00 pm – 04.00 pm

  1. Penyiasatan Kemalangan dan Tindakan Pembetulan
  2. Pemberitahuan dan Siasatan
  3. Laporan berkenaan Kemalangan (Majikan/PERKESO/JKKP dan lain-lain)
  4. Perbincangan dan penilaian
  5. Tindakan Susulan
  6. Peranan dan Kuasa DOSH Promosi, Latihan dan Komunikasi
  7. Kepimpinan dan Penglibatan Peserta
  8. Imbuhan dan Pampasan
  9. Komunikasi (Program Kesedaran Amalan dan Sikap)
  10. Latihan (tanggungjawab majikan kepada peserta)

04:00 pm – 05.00 pm : Minum petang & Sesi Soal Jawap

05:00 pm : Tamat Program

  1. Nota Program Berkaitan Keselamatan Kesihatan Pekerja
inHouse Program 

1. 1 Day : 8.00 am – 5.00 pm 

2. Call Upon Request 

  1. Sijil Peserta
inHouse Program 

1. Half Day : 08.00 am – 01.00 pm 

2. Call Upon Request 

Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Amat Sesuai Untuk Warga Pekerja Yang Banyak Terlibat Dengan Kerja Berat Seperti Warga Pekerja Yang Bertugas Didalam Stor Atau Warehouse. Pekerja Ladang Amat Digalakkan Hadir Bersama Kursus Ini. Kesedaran Dan Pengetahuan Sewaktu Menjalankan Tugas Amat Diperlukan. Didalam Kursus Ini Akan Diterangkan Tentang Perkara Keselamatan Semasa Bertugas Dan Perkongsian Tentang Perkara Kemalangan Semasa Bertugas.

Sila Berhubung Dengan Nombor Yang Tertera Untuk Hadir Atau Sebut Harga Mengenai Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.

Syarikat Kami Adalah Penyedia Latihan Yang Berdaftar Dengan HRDF Dan MOF. Sila Hubungi Pihak MasaDahtime Untuk Tujuan Kertas Cadangan Serta Modul. Pembentangan Rancangan Latihan, Kertas Kerja atau Sebut Harga. Pihak masaDahtime Amat Mengalukan Kerjasama Daripada Pihak Anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.