Tindakan membalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp semasa memandu merupakan antara penyumbang risiko kemalangan jalan raya, kata Prof Dr Wong Shaw Voon.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu berkata, pemandu kebiasaannya hilang dua kali ganda tumpuan jika pemanduan dilakukan sambil menggunakan telefon mudah alih untuk berbalas mesej.
Katanya, tindakan berbalas mesej seolah menjadi kebiasaan kepada sesetengah pengguna walaupun ia bukan suatu kecemasan atau berkaitan perkara penting.
“Saya rasa sudah jadi tabiat semua untuk membaca mesej (sambil memandu) sebab hati kita rasa tidak senang jika tidak membalas.“Mereka kena faham, semua mesej itu boleh tunggu sebab kadang-kadang tidak ada apa-apa pun yang penting tetapi nak baca juga. Jadi ia meningkatkan risiko kemalangan yang tidak berbaloi,” katanya dipetik Astro Awani.Shaw Voon berkata, risiko bagi pemandu melanggar pejalan kaki agak tinggi jika menggunakan telefon mudah alih semasa memandu berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
“Ia berikutan pemandu berkenaan memberikan tumpuan kepada telefon, menyebabkan dia lambat untuk menekan brek apabila seorang pejalan kaki sedang melintas dan sebagainya.“Membalas mesej menerusi telefon mudah alih sebenarnya memerlukan kebolehan luar biasa, namun kalau tumpuan hilang, ia mampu mengundang kemalangan seterusnya mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa,” katanya.Katanya, tindakan berbalas mesej seolah menjadi kebiasaan kepada sesetengah pengguna walaupun ia bukan suatu kecemasan atau berkaitan perkara penting.“Saya rasa sudah jadi tabiat semua untuk membaca mesej (sambil memandu) sebab hati kita rasa tidak senang jika tidak membalas.
“Mereka kena faham, semua mesej itu boleh tunggu sebab kadang-kadang tidak ada apa-apa pun yang penting tetapi nak baca juga. Jadi ia meningkatkan risiko kemalangan yang tidak berbaloi,” katanya dipetik Astro Awani.Shaw Voon berkata, risiko bagi pemandu melanggar pejalan kaki agak tinggi jika menggunakan telefon mudah alih semasa memandu berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
“Ia berikutan pemandu berkenaan memberikan tumpuan kepada telefon, menyebabkan dia lambat untuk menekan brek apabila seorang pejalan kaki sedang melintas dan sebagainya.“Membalas mesej menerusi telefon mudah alih sebenarnya memerlukan kebolehan luar biasa, namun kalau tumpuan hilang, ia mampu mengundang kemalangan seterusnya mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa,” katanya.
Sumber Astro Awani & MIROS