Program Adalah Untuk Membantu Peserta Memahami Dengan Lebih Jelas Berhubung Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Melalui Kursus Ini, Peserta Juga Akan Diberikan Kesedaran Dan Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan Dengan Menekankan Kepada Konsep HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment And Risk Control). Peruntukan Perundangan Kepada Pekerja Dan Majikan Juga Akan Dibincangkan Didalam Program Ini Bagi Memudahkan Kedua-Dua Pihak Memahami Hak Dan Tanggungjawab Masing-Masing. Diantara Modul-Modul Lain Yang Terdapat Ialah Keselamatan Dan Kesihatan Di Pejabat, Penyiasatan Kemalangan Dan Tindakan Pembetulan, Audit Serta Promosi, Latihan Dan Komunikasi OSH.
- Menerapkan Konsep Budaya Kerja Selamat Dan Sihat Ditempat KerjaMemahami Dan Meningkatkan Pengetahuan Dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
- Mengetahui Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan Dan Langkah-Langkah Keselamatan
- Mengetengahkan Aspek-Aspek Keselamatan Sebagai Sesuatu Yang Penting Untuk Organisasi Dan Juga Pekerja Melalui Pengetahuan Dan Pendedahan Tehadap Hak Individu Dan Majikan
- Membantu Organisasi Membentuk Polisi Keselamatan Dan Jawatankuasa Keselamatan
- Warga Pekerja Kilang , Pekerja Peladang , Pekerja Lapangan Sasar
- PekerjaYang Terlibat Dalam Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
- Pengurus Dan Pegawai Keselamatan, Pekerja Yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan
- Pegawai Penguatkuasa, Pekerja Penyelia Yang Berminat Menambah Ilmu Dan Kesedaran Keselamatan
- Individu Yang Berminat Untuk Menambah Pengetahuan
- Warga Pekerja Meningkatkan Kemahiran Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan.
Yuran Peserta
RM 350.00
Setiap PesertaYuran Peserta
RM 280.00
Berkumpulan ( 3 Peserta )08:00 am – 08.30 am : Pendaftaran Peserta
08.30 am – 10.00am
- Ice Breaking
- Pengetahuan mengenai keselamatan
- Pengalaman situasi kemalangan Pengenalan kepada keselamatan
- Budaya kerja yang sihat dan selamat
- Perspektif keselamatan
10:00 am – 01.00 pm :
- Minum Pagi
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
- Kewajipan majikan dan pekerja
- Polisi keselamatan Prinsip Asas Keselamatan
- Hazard & Penilaian Risiko dan Pengawalan
- Personal Protection Equipment (PPE)
01:00 pm – 02.00 pm : Makan tengahari dan Solat
02.00 pm – 04.00 pm
- Prinsip Asas Pencegahan Kemalangan
- Kemalangan dan punca/penyebab
- Teori penyebab kemalangan & Aspek Keselamatan dari segi produktiviti Keselamatan dan Kesihatan di Pejabat
- Hazard di pejabat
- Kemalangan dan penyakit di pejabat
- Ergonomic
- Langkah keselamatan dan kesihatan di pejabat
- Peruntukan perundangan
- Induksi Keselamatan kepada kakitangan
- Senarai semak & Pintu kecemasan, Assembly point, Alatan pemadam api, pencahayaan, pelan lantai, kelengkapan pertolongan cemas dan sebagainya.
04:00 pm – 05.00 pm : Minum petang & Sesi Soal Jawap
05:00 pm : Tamat Program Hari Pertama
08:00 am – 08.30 am : Pendaftaran Peserta
08.30 am – 10.00am
- Sistem Pengurusan Risiko
- Kenalpasti Hazard
- Menilai dan mengawal risiko
- HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control)
10:00 am – 01.00 pm :
- Undang-undang Keselamatan
- Akta Keselamatan dan Dasar Am
- Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Keselamatan
- Tanggungjawab dan Tugas-tugas Pegawai Keselamatan Program Keselamatan dan Tindakan Pembetulan
- Organisasi dan Dasar Keselamatan
- Perancangan dan Perlaksanaan
- Semakan dan Penilaian
- Tindakan Pembetulan
01:00 pm – 02.00 pm : Makan tengahari dan Solat
02.00 pm – 04.00 pm
- Penyiasatan Kemalangan dan Tindakan Pembetulan
- Pemberitahuan dan Siasatan
- Laporan berkenaan Kemalangan (Majikan/PERKESO/JKKP dan lain-lain)
- Perbincangan dan penilaian
- Tindakan Susulan
- Peranan dan Kuasa DOSH Promosi, Latihan dan Komunikasi
- Kepimpinan dan Penglibatan Peserta
- Imbuhan dan Pampasan
- Komunikasi (Program Kesedaran Amalan dan Sikap)
- Latihan (tanggungjawab majikan kepada peserta)
04:00 pm – 05.00 pm : Minum petang & Sesi Soal Jawap
05:00 pm : Tamat Program
- Nota Program Berkaitan Keselamatan Kesihatan Pekerja
1. 1 Day : 8.00 am – 5.00 pm
2. Call Upon Request
- Sijil Peserta
1. Half Day : 08.00 am – 01.00 pm
2. Call Upon Request
Sila Berhubung Dengan Nombor Yang Tertera Untuk Hadir Atau Sebut Harga Mengenai Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.
Kursus yg sgt baik.dn sesuai utk warga pekerja kilang kami. 5 star.
kursus yg sangat bagus. Trainer yang berpengalaman dan pengetahuan. Terima Kasih masadahtime.
Kursus terbaik tn radi.
Silibus kursus yang disusun dengan begitu baik dan menarik dengan penyampaian berorentasikan situasi semasa oleh fasilitator yang cukup berpengetahuan serta berpengalaman .